Make your own free website on Tripod.com
Buah Sawit Yang sudah dipotong Diletakkan diatas Tandan Sawit Baru Menampakkan Isi Sawit, Mesocarp, Dan tempurong .

Pendahuluan ;
Tahun2002 Syarikat melancarkan Menggandakan Pencapaian Ke 2 Atau 2 x 2. Ia aya bertujuan menggerakkan jentera pengurusan,meningkatkan prestasi Syarikat ke tahap yang lebih membanggakan.Kita sebagai petugas semistinya bersama sama menyahut kempen ini dengan memastikan semua matlamat Syarikat tercapai.

Dua Biji Buah Relai, Sebiji Sudah Dipotong Menampakkan Mesocarp. Tempurong Dan Isi Sawit.

2.Apakah Wawasan 
SyarikatMenjadikan Peneraju DiPeringkat global dalam industri     Sawit

b) Untuk Mencapai Wawasan ini kita masti tingkatkan daya saing dan berubah.

3. Apa itu Dayasaing

Daya saing ialah keupayaan Syarikat bersaing dipasaran terbuka dengan pegeluar-pengeluar produk sawit lain dan berupaya mencapai matlamat matlamat yang ditetapkan . Syarikay menghadapi 2 saingan hebat iaitu pembelian BTS dan penjualan produk sawit.

4. Apa Perlunya Kekuatan Daya Saing.

Syarikat memerlukan kekuatan daya saing supaya kadar penggunaan kilang sentiasa tinggi, through put kilang tercapai, pemasaran produk terjamin dan meluas, Kos memproses ditahap rendah munkin dan syarikat terus berkembang maju. Sebaliknya jika daya saing lemah, wawasan dan matlamat Syarikat tidak tercapai, dan, aktiviti meproses tergugat, pasaran hasil sawit terjejas dan keuntugan berkurang malahan mendatanmg kerugian yang padahnya ditanggong oleh kita dan keluarga kita.

5. Kenapa Perlu Berubah ?

Emapat sebab utama

  1. Ke arah menjadikan organasasi perintis perubahan.
  2. Selari dengan perubahan indusri dan teknologi dari masa kesemasa.
  3. Menangani masalah dan cabaran semasa dan akan datang supaya syarikat mempunyai daya sainh yang kukuh.
  4. Menjamin pembangunan dan kejayaan Syarikat masa depan. Untuk menjadi pemipin dalam indutri sawit, kita hendaklah mendahului dalam setiap perubahan dan pencapaian kita hendaklah ditahap yang lebih baik dari pesaing-persaing lain.

6. Apakah Perubahan Yang Dilakukan Sebelum ini.

  • 1998  Mengubah sistem 'upah proses'    kepada    sistem kormasil. Syatem komersil telah mengubah cara berfikir dan memberi faedah positif kepada Syarikat dan pembekal-pembekal BTS  ( win win Situation )
  • 1999 Melaksanakan konsep Daya Budi iaitu menitikberatkan hal-hal kebajikan petugas dan keluarga. Kita juga menjalin perhubungan yang mesra dengan pelanggan dan masyarikat luar untuk kepentingan bersama.
  • 2000 Mengadakan kempen 'meningkatkan kecekapan'iaitu meningkatkan keupayan memproses dengan memastikan semua stesen dan alat jentera kilang berfungsi baikndan beroperasi dengan cekap.
  • 2002    2x2.

7. Apakah 2x2

2x2 ialah penerusan usha kita di tahun 2002 untuk mengandakan pristasi. Ianya kesenambungan kempen 2x tahun 2001. Tema ini adalah adunan dengan tahun-tahun lalu iaitu komersilisasi daya budi dan meningkatkan kecekapan.

8.Apakah Matlamat Kempen 2x2.

Diantara Matlamat-matlamat Penting ialah

  • Memperolehi keuntugsn aptimum
  • Mengukuhkan daya saing untuk menjadi "prominent" dalam pasaran sawit perinkat nasional dan dunia
  • Meningkatkan kadar penggunaan kilang.
  • Menghasilkan produk bermutu tinggi.
  • Mengawal kos memproses ditahap serendahnya.
  • Meningkatkan kadar perahan MSM dan Isi sawit
  • Menentukan throughtput kilang tidak terjejas.

 

Buah Sawit Relai Jenis DxP Yang dianggap Buah Relai yang Terbaik Yang Banyak Menghasilkan OER Yang tinggi

9. Apakah Masaalah Dan Cabaran Syarikat.

Syarikat sentiasa berhadapan dengan masalah dan cabaran-cabaran. Diantaranya ialah:-

  • Kekurangan Bekalan BTS  menyababkan kadar penggunaan kilang rendah.
  • Pencapaian kadar perahan yang rendah kerana berlaku kehilangan minyak.
  • Pencapaian throughput kurang dari kadar sebenar kerana berlaku kerosakan kilang.
  • Kos memproses tinggi kurang setanding dengan terutama kos sanggaraan dan overhead. Punca utama ialah terdapat pembaziran dan kerja berukang-ulang yang tidak sepatut berlaku.
  • Mutu minyak sawit dan isisawit tidak baik menyebabkan harganya rendah
  • Harga pasaran hadapan diluar jangka dan pesaingan pemasaran dengan pengeluar-pengeluar laun.

10. Dimanakah Punca Syarikat Menjana Keuntugan.

Terdapat 3 punca utama

  1. Membeli BTS
  • Kilang hendaklah membeli BTS secukupnya bagi memenuhi kadar penggunaannya. Kadar penggunaan yang tinggi akan menurunkan kos memproses.
  • Penggredan BTS hendaklah dibuat mengikut kaedah PORLA iaitu membeli BTS dengan harga berdasarkan kadar perahan sekurang-kurangnya sama dengan kadar perahan sebenar yang dicapai.
  • BTS yang dibeli hendaklah bermutu baik supaya MSM dan isisawit yang dihasilkan bermutu tinggi yang dapat dijual dengan harga yang baik.

    2. Operasi Memproses

  • Kilang hendaklah memproses dengan kos serendah mungkin tidak lebi dari kos kilang kilang sewasta lain.
  • Mesin dan jentera kilang hendaklah sentiasa beroperasi dengan cekap dan sempurna tanpa kerosakan. Ia menentukan throughput kilang tidak jatuh dari sepatutnya.
  • Kadar perahan MSM dan Isisawit hendaklah dicapai tidak kurang dari kadar yang ditetapkan.
  • Keadaan tempat kerja hendaklah sentiasa bersih, selamat dan hormoni supaya kita dapat berkerja dengan selesa.

   3.  Pemasaran

  • Kita hendaklah mempastikan agen pemasaran kita iaitu Felda Marketing Services Sdn Bhd memberi khidmat sebaiknya dari segi jaringan pemasaran, harga, dan "customer service".

11. Apakah Ciri-ciri Positif Yang Perlu Ada Pada Kita

  • Memahami tugas dan tanggongjawab masing-masing.
  • Menganggap tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan.
  • Mempunyai idea kreatif untuk kebaikan diri dan Syarikat.
  • Bersifat jujur amanah rajin dedikasi dan bertanggongjawab.
  • Berpengetahuan dan berkemahiran menjalankan tugas.
  • Bersikap positif dan fikiran terbuka dalam menerima perubahan dan idea baru
  • Mampu berdikari
  • Mengutamakan kepentingan Syarikat.

12. Apakah Peranan Kita Untuk Menggandakan Pencepaian Syarikat.

Kita sebagai petugas antaranya hendaklah :-

  • Memahami matlamat dan hala tuju Syarikat
  • Menjalankan tugas dengan bersungguh-sungug, jujur dan didikasi.
  • Menyalesaikan masaalah dengan segera tanpa bertangguh.
  • Mengamalkan kerja secara berpasukan,bantu membantu dan saling berkerjasama.

(Ekhsan Dari FPISB
HQ Balai Felda Kuala Lumpur)