Felda Palm Industries Sdn Bhd
TEMENTI

PEMBERSEHAN/PENGOLAHAN AIR DANDANG
(BOILER WATER TREATMENT)

AIR KEPADA TENAGA STIM

Sifat-sifat Fizikal
Disebabkan air didapati dengan banyaknya dialam ini , ia merupakan bahan mentah yang sesuai untuk megalami perubahan kepada stim pada suatu suhu yang senang dicapai.Stim adalah bersesuaian untuk penjanaan kuasa dan sebagai sumber pemanasan. Air adalah kombinasi diantara hidrogen dan oksigen dengan rumusan H2O. Takat didih air berubah dengan tekanan yang dikenakan keatasnya pada tekanan atmosfera air mendideh pada suhu 1000c (2120F). Takad dideh meningkat pada tekanan 245 Ib persegi dalam unit gauge, air mendideh pada suhu 4040F. Pada tekanan yang menurun takat didehnya juga menurun.Dibawah tekanan hampagas 29" Hg air akan mendideh pada suhu yang rendah ia itu 750F
Pertukaran Kepada Stim
Apabila air mendideh terdapat suatu perubahan keadaan daripada cecair kepada gas. Dalam keadaan gas ia selalu dikenali sebagai stim. Untuk memanaskan air, tenaga adalah diperlukan.Ia memerlukan 1 Btu (British Termal Unit) untuk menukarkan 1 Ib air (pada takat dideh) kepada stim. Ia dikenali sebai haba pengewapan, disimpan sebagai stim  tetapi kemudiannya dikeluarkan apabila stim itu dikondensasikan kepada cecair. Oleh itu 1 Ib air memerlukan sejumlah 1082 Btu dalam proses pendidehan dan petukaran kepada stim. Haba ini dikeluarkan apabila stim itu dikondensasikan semula pada takat sesuatu kegunaan tertentu.
Bendasing-Bendasing Dalam Air
Air semula jadi tidak akan berlaku dalam keadaan tulin. Ia mengandongi bendasing-bendasing yang boleh menyababkan masaalah-masaalah pada dandang dalam penjanaan stim. jenis-jenis bendasing yang terdapat dalam air semulajadi boleh dikelaskan sebaga:

  1. Jirim terampai yang diperolehi daripada bumi
  2. Pepejal-pepejal yang terlarut dalam bentuk garam-garam kimia yang boleh larut dalam air
  3. Gas-gas terlarut daripada udara yang terperangkap pada air
Mineral Terlarut
Semasa bersentuhan dengan bumi , air mengambil mineral-mineral tertentu yang kebanyakan Kasium karbonat (batu kapur), magnisium karbonat (dolamite), kalsium sulfat (gipsum), silika (pasir) , sodium Klorid (garam biasa), sodium sulfat (garam glauber) bersama sama dengan dengan sekumpulan kecil mangganan , Aluminium ,sisa daripada daun dan proses indusri mejadikan sesetengah air dipermukaan beracid dan meneral-meneral tertentu dalam bumi bertukar menjadi didasar bumi beralkali
Keliatan Dalam Air
Air dikata sebagai liat apabila ianya susah dibuihkan oleh sabun. Pekara ini berlaku disebabkan oleh   tingginya kandongan kalsium dan meneral-meneral magnisium didalam air yang bertindak dengan sabun untuk membentuk rantaian.Di Malaysia permukaan air adalah keseluruhannya lembut dengan keliatan  kir-kira 30 ppm dengan beberapa pengecualian .Kes-kes (di Perlis ) melebihi 100 ppm. Air telaga juga kadangkala liat .Selagi kandungan Kalsium yang secara relatifnya tidak terlarut dalam air, mereka akan mendak didalam ladang semasa pensetiman dan menyababkan masalah 'scaling'
Gas Gas Yang Terlarut Dalam Air.
Air boleh melarutkan udara bergantung kepada suhu dan tekanan. Udara mengandungi 21 % oksigen ,78 % nitrogen 1 %  gas-gas lain termasuk 0.05 % Karbon Dioksida. Pada suhu bilik dan tekanan atmosfera, air boleh melarukan sehingga 9 ppm oksigen. Pada suhu yang tinggi keterlarutan oksigen menurun dan pada tekanan-tekanan tinggi  air boleh melarutkan lebeh banyak oksigen. Sebagaimana yang diketahui nitrogen adalah gas lengai ia mempunyai sedikit kesan dalam pengaratan oleh air yang mengandonginya. Karbon dioksida adalah larut dalam air dan boleh bertukar kepada air berasid. Lain-lain bedasing dalam air semulajadi membantu kepada kekeruhan, war dan bau. Kekeruhan mengandungi ampaian tanah liat dan lumpur dan bahan organik. Warna selalunya disebabkan oleh kereputan bahan daun. Lain-lain industri sisa bendasing termasuklah minyak-minyak dan sampah. Garam biasa adalah dianggap sebagai bendasing dalam dandang suap air. Air laut mengandungi kira-kira 3 % garam dan air bersih yantg campurkan dengan air laut biasanya digunakan untuk tujuan-tujuan dandang suapan dandang.
Sumber-sumber Air
Kebanyakan sumber air yang terdapat di negara ini adalah dari permukaan air sungai dan kolam-kolam . Air bawah tanah dari rekahan atau telaga yang dalam boleh juga digunakan.Air bawah tanah mengandongi kurang kekerohan tetapi ia liat. Air permukaan sungai ia nya lembut tetapi selalunya keroh.
Ketulenan (Feed Water) Aur Suapan Dandang
Air suapan adalah nama untuk air yang digunakan pada satu dandang untuk menghasilkan wap air. Kebanyakan wap air ini digunakan di dalam proses kilang, tetapi sesetengah darinya selepas kondensasi munkin kembali ke dandang sebagai air sebahgian daripada air suapan itu. Air penggerap (make up water) perlu dicampur untuk menambah air selepas kondensasi yang lembut sebagai air suapan . Air peggerap mungkin dalam keadaan semulajadi atau sudah dirawat.
Ketulenan Yang Dikehendaki
Bagaimana tulen air suapan, mestilah bergantung kepada bentuk dandang dan bagaimana ia beroperasi. Tiup pembakar dandang yang beroperasi pada tekanan yang rendah boleh menggunakan suap air yang mempunyai tahap keliatan yang tinggi sementara tekanan  yang tinggi pada tiub air dandang akan memerlukan air suapan tanpa apa jua bentuk bendasing. Ada lah menarik untuk menyatakan bahawa badan kita memerlukan meneral-meneral ( dalam air minuman ) manakala besi dandang tidak dapat menerima mineral-mineral  normal  dan bendasing-bendasing yang didapati dalam air semulajadi (Natural Water ).
Bagaimana Tekanan Dandang Mempegaruhi Keadaan Dandang
Untuk mepastikan pengeluaran yang mempunyai kualiti stim yang baik, komposisi air dandang mistilah dikekalkan pada tahap optimum bergantung kepada keatas tekanan operasi dandang. Lebeh tinggi tekanan lebih ketat kawalan mutu keatas ketulenan air suapan. " American Boiler And Affliated Industries Munufacturers Association" mengemukakan limit-limit yang disesuaikan untuk komposisi air dandang yang diakui untuk beroperasi dengan tekanan-tekanan tertentu.
Penjagaan Air Suapan
Air suapan adalah dirawat secara externally untuk menghilangkan bendasing-bendasing  didalam air.
Penjagaan sebelum rawatan dicadangkan  adalah biasanya pelembut dan penyaudara. Bendasing-bendasing selepas memasuki dandang memerlukan penjagaan internal yang menggunakan bahan kimia untuk menghalang penyerpihan ( scaling ) dan pengaratan ( carrosion )

 

TAKAT MAKSIMA


 
Tekanan
Pepejal
 
Pepejal
 
Dandang
keseluruhan
Kealkalian
Terampai
Silika
( psig )
( ppm )
( ppm )
( ppm )
( ppm )
0    - 300
3500
700
300
125
301 - 450
3000
600
250
90
451 - 600
2500
500
150
50
601 - 750
2000
400
100
35
751 - 900
1500
300
60
20
901   - 1000
1250
250
40
8
1001 - 1500
1000
100
20
2.5
1501 - 2000
250
150
20
1
>2000
500
100
5
0.5

MUKA UTAMA

RAWATAN AIR

RAWATAN AIR1

RAWATAN AIR2

RAWATAN AIR3

RAWATAN AIR4


Copy @ 2001
Ks Tementi All Right Reserved