Felda palm Industries Sdn Bhd
TEMENTI
Rawatan Kimia Pada Air Dandang.
Bertujuan Untuk Penjagaan Dalaman
Walaupun suap air adalah dijagai secara luaran, terdapat bendasin-bendasing yang maseh tertinggal.penjagaan dalaman adalah diperlukan untuk bantuan penjagaan luaran dalam menitik beratkan pegawalan sebarang benda asing suap ke dalam dandang. Tekanan rendah dan kapasiti yang kecil dandang bergantung hainya keatas penjagaan dalaman untuk memulihkan air yang tidak dijaga.
Matlamat Penjagaan Dalaman Yang Baik Diprogramkan
  • Untuk bertindak dengan keliatan suap air dan menghalang daripada membentuk serpihan diatas permukaan dandang.
  • Untuk menjadi perawat ( Scaling ) pepejal terampai seperti mendapan dan oksida-oksida logam dalam dandang supaya tidak berlaku pada dandang.
  • Untuk menyingkirkan oksigen daripada air dan menyadiakan penyimpanan secukupnya kimia penyahudara dan kealkalian yang cukup untuk menghalang pengaratan dandang
  • membenarkan kepekatan pepejal yang rendah dalam air dandang berbanding dengan carr-over bueh.
Kegunaan Bahan Kimia.
Bahan kimia yang digunakan untuk pelembut termasuklah alkali dan fosfat yang berbagai jenis yang boleh bertndak dengan komponan kalsium dan magnesium.

Dalam keadaan berlumpur berbagai-bagai meterial organik natural tidak berupaya untuk menjalani proses penguraian  pada dandang bersuhu tinggi . Polimer organik sintetik dengan kestabilan termel tinggi  dewasa ini digunakan secara meluas dalam pengawalan serpihan dan lumpur

Bahan kimia pengaut oksigen termasuklah  sulfit dan hidrazine untuk mengawal stim dan system kondenser yang menghadapi pengaratan . amina yang meruap untuk peneutralan  dan jenis lapiasan adalah digunakan.

Tindakbalas Dengan Karbonat
Kalsium bikarbonat diuraikan pada suhu dandang bertindak dengan  natrium hidroksida  untuk membentuk  kalsium karbonat yang mana mendakan ini keluar pada larutan.. Natrium karbonat adalah larut tetapi sabahagiannya berpecah pada suhu tinggi kapada Sodium hidroksida dan karbon dioksida . Penambahan Fosfat adalah untuk bertindak dengan kalsium karbonat lalu membentuk kalsiam fosfat dan sodium karbonat. . Kebanyakan pemendakkan- pemendakkan membentuk lumpur yang mana mesti dibaik pulih kan untuk menghalang ianya melekat pada permukaan Dandang.

Tindak balas dengan solfat solfat.
Pada suhu Dandang ,Kalsium sulfat adalah kurang larut dan cenderung untuk mendak sabagai serpihan . Dalam penjagaan dalaman ,Kalsium sulfat mungkin bertindak atau tidak kaatas natrium karbonat ,fosfat atau silikat membentuk bahan tak larut iaitu garam kalsium magnesium sulfat bertindak dengan kaustik  soda untuk membentuk mendapan magnesium hydroksida.

Tindak balas dengan silika.
Tanpa penjagaan ,silika bolih mendak sabagai serpihan yang keras pada keadaan panas saperti silika atau kalsium silikat .Dengan menjadikan air dandang mempunyai kealkalian yang cukup tinggi,silika bolih tertinggal dalam bentuk larutan . Beberapa bahan organik sintitik boleh meghalang sisa sisa silika.

Penyigkiran lumpur
Untuk menghalang lekatan kotoran kaatas permukaan dalam Dandang polimer-polimer organik digunakan untuk menyingkirkan lumpur dan mengawalnya dari melekat pada permukaan logam.Riaksi polimer ialah untuk meleraikan kotoran menjadikan cecair dan mudah disingkirkan melalui cecair (blowdown). Beberapa polimer mempunyai sifat mengubah rupa bentuk bagi struktur
butiran pada serpihan Dandang untuk menghalang pelekatan / peghampiran kapada permukaan logam.

 

 

MUKA UTAMA

RAWATAN AIR

RAWATAN AIR1

RAWATAN AIR2

RAWATAN AIR3

RAWATAN AIR4


   Copy @ 2001 ks tementi
All Right Reserved