Make your own free website on Tripod.com

TEKS UCAPAN PELANCARAN KEMPEN
BULAN KESELAMATAN FPI 2002
30 APRIL 2002  

Saudara/saudari,

   Dewasa ini aspek keselamatan, kesihatan/ alam sekitar dan kebajikan menjadi isu penting di kebanyakan organisasi. Di Syarikat kita perkara ini diberi keutamaan seiring dengan matlamat memperkukuhkan daya saing.

  Matlamat Syarikat dalam aspek keselamatan amat jelas iaitu menjadikan Syarikat sebagai tempat kerja yang selamat dan bebas dari kemalangan dan penyakit pekerjaan.  Berteraskan matlamat ini/ Syarikat bertanggongjawab menyediakan segala keperiuan kelengkapan serta mematuhi undang-undang dan akta. Sebarang kemalangan atau bencana kerja yang berlaku akan memberi kesan negatif kepada Syarikat, apatah lagi kepada simalang yang boleh mendatangkan risiko ke atas nyawa, penderitaan atau kekecewaan yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

   Dalam tempoh 6 tahun lalu, purata setahun kemalangan semasa bertugas di Syarikat mencatatkan 3 kes setiap kilang atau 42 orang setiap 1/000 petugas. Manakala purata kehilangan hari bekerja ialah 3,900 hari setahun dan penambahan kos RM77/000 setahun. Bilangan kes telah berkurangan daripada 285 kes dalam tahun 2000 kepada 210 kes di tahun 2001 atau 47 orang kepada 35 orang setiap 1,000 petugas. Walaupun begitu kita beium boleh berpuas hati kerana angka-angka itu masih terialu tinggi dan sepatutnya boleh dikurangkan lagi atau disifarkan.

  Adalah tidak mustahil bagi kilang mencapai sifar kemalangan kerana telah terbukti terdapat kilang yang mencapainya iaitu tahun 2000 enam buah dan 2001 sembilan buah.Berdasarkan kes-kes yang lalu /punca-punca berlakunya kemalangan semasa bertugas hampir 75%   adalah disebabkan olih kecuaian kita sendiri/ 20% persekitaran tempat kerja yang tidak selamat atau sihat dan 5% kerosakan mesin dan alatan kerja.

  Tahap kesedaran berhubung dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari kalangan petugas di Syarikat belum boleh dibanggakan,     Kebanyakan   jenis kemalangan yang berlaku itu pula adalah berulang-ulang seperti terkena stim, tergelincir, jari tersepit dan seumpamanya. Jika kita sentiasa beringat tentunya angka kemalangan tidak setinggi itu kerana kita telah disediakan dengan alat-alat keselamatan dan alat-alat kerja yang lengkap serta panduan-panduan kerja yang jelas. Kecuaian semasa menjalankan tugas adalah sikap negatif yang perlu dihakis.

  Kemalangan juga berlaku di sebabkan oleh keadaan tempat kerja yang kotor, licin dan berisiko tinggi.   Puncanya kerana penguatkuasaan peraturan oleh pihak pengurusan yang longgar dan kurang memberi penekanan terhadap isu keselamatan. Sepatutnya masalah ini tidak timbul lagi memandangkan sistem kerja dan manual keselamatan yang lengkap telah disediakan untuk semua tempat kerja,

Saudara/saudari,

  Dalam program ke arah kemalangan sifar, mulai hari ini dan sepanjang bulan Mei 2002 kita akan menjalankan Kempen Bulan Keselamatan serentak disemua projek Syarikat. Sepanjang bulan/ kita akan mematuhi peraturan keselamatan/ menjadikan tempat kerja sihat dan setamat dan menghindar berlakunya sebarang kemalangan semasa kerja. Di harap, kempen ini akan melahirkan budaya kerja selamat dan sihat, meningkatkan tahap kesedaran tentang kesetamatan dan memantapkan lagi sikap positif dikalangan kita dalam menjalankan tugas masing- masing. Kempen bulan keselamatan ini juga merupakan agenda penting dalam kalendar 2002 Syarikat untuk menjadi organisasi bertaraf dunia. Tahun ini/ kita telah melancarkan Kempen Menggandakan Pencapaian Kedua (2x2) yang bertujuan meningkatkan lagi perjalanan operasi kilang/ mengawal pembaziran dan memperbaiki pulangan/ mengelakkan kerugian.

  Kerugian menurut perspektif keselamatan dan kesihatan pekerjaan, akan dialami jika berlaku kemaiangan yang mengakibatkan kecederaan ke atas petugas/ kerosakan loji atau harta benda, Kemaiangan menyebabkan pembaziran dan impak negatif kepada Syarikat seperti meningkatnya kadar down time kilang dan kos pengeluaran.

  Oleh itu kedua-dua program kempen ini hendaklah dipastikan membuahkan hasil yang positif dan dilaksanakan dengan berkesan secara menyeluruh oleh semua pihak,   Kejayaan membendung kemaiangan bererti daya tahan kita menjadi lebih kental dan berupaya menghadapi cabaran-cabaran.

  Saudara/saudari,

  Seperti yang di nyatakan di awal tadi/ Syarikat memberi penekanan mengenai isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan petugas.  Kesungguhan untuk membasmi kemaiangan adalah jelas. Dalam konteks ini pihak pengurusan telah mengambil langkah-iangkah perlu dan menyediakan segala kemudahan untuk kita menjalankan tugas seperti alatan perlindungan diri/ panduan-panduan bekerja/ kursus dan kempen-kempen kesedaran keselamatan .  Segala-galanya dilaksanakan secara berterusan.

  Dalam pada itu, Syarikat kini sedang membuat persiapan menyediakan sistem pengurusan keselamatan yang lengkap di Kilang Pasoh untuk mendapatkan Sijil OSHAS 18001,    Sistem pengurusan keselamatan yang lengkap ini akan dikembangkan ke kilang-kilang lain kelak untuk menjadikan Syarikat   bebas dari gejala-gejala kemaiangan dan penyakit pekerjaan, Langkah mendapatkan Sijil OSHAS 18001 ini juga adalah seiari dengan matlamat

 Syarikat untuk mengintegrasikannya dengan sistem pengurusan kualiti dan alam sekitar ISO 14001 yang telah dilaksanakan di Kilang Sungai Tengi dan sistem pengurusan perkilangan ISO 19001 yang akan di laksanakan di Kilang Besout

  Saudara/saudari  

Untuk mencapai matlamat-matlamat yang digariskan itu, saya menyarankan pihak pengurusan kilang, Kesatuan Sekerja dan semua petugas agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin dan memastikan tidak berlaku lagi kemalangan atau kejadian-kejadian lain yang tidak diingini semasa bekerja dan mengawal risiko-risikonya sebaik mungkin.      Ketiga-tiga pihak juga perlu mengeratkan lagi perhubungan dalam semua bidang  

 Sebagai petugas, tanggungjawab kita mengenai keselamatan amatlah penting, Kita hendaklah sentiasa beringat dan memastikan perlakuan dan tindakan yang kita ambil tidak membahayakan bukan saja kepada diri sendiri tetapi rakan-rakan lain. Kita juga hendaklah memahami tugas dan tanggungjawab kita dan rakan-rakan yang lain terutama dalam mengawai risiko-risiko kemalangan. Oleh itu/ kita mesti memberi kerjasama dan mengambil bahagian aktif dalam apa jua usaha yang dijaiankan oleh pihak pengurusan/ mematuhi peraturan-peraturan, memakai alat perlindungan (APD) diri setiap masa bekerja/ berdisiplin/ serta saling ingat mengingati,

  Pihak pengurusan kilang dan Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar (SHE)/ diharap dapat menjaiankan tanggungjawab masing-masing secara yang terbaik melalui pendekatan-pendekatan proaktif dengan memberi keutamaan memastikan pengurusan keselamatan berjalan dengan sempurna. Antaranya ialah membuat pemantauan dan auditing keselamatan dari masa kesemasa untuk memastikan pematuhan peraturan dan akta-akta. Pengurusan Kitang juga dikehendaki mengendalikan kursus keselamatan dan forum- forum kesedaran dari masa ke semasa selari dengan kehendak Polisi Keselamatan syarikat dan akta-akta berkaitan.

 Telah dipastikan, stesen-stesen seperti sterilizer, boiler/ press dan kernel plant merupakan tempat-tempat kerja yang kerap berlaku kemaiangan dan mempunyai risiko kemaiangan yang tinggi. Oleh itu saya berharap pengurusan kilang bersama- sama Jawatankuasa SHE memberi lebih tumpuan mengenali risiko kemaiangan/ menilai dan mengkaji bentuk kemaiangan yang mungkin berlaku serta mencari langkah mengawal risiko-risiko tersebut.   Namun begitu diingatkan bahawa tanggungjawab utama tentang keselamatan di tempat kerja adalah terletak kepada diri kita sendiri,

  Semua pihak adalah tertakluk kepada akta dan peraturan.   Kita tidak boleh mengingkari atau mengabaikannya. Dalam soal keselamatan tidak ada tolak ansur. Kepada mereka yang cuai tindakan sewajarnya hendaklah diambil. Dalam soal inl Syarikat juga tidak terkecuali dan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika Syarikat gagal mematuni atau melanggar akta.

  Sebagai langkah tegas untuk membendung beriaku kemaiangan, saya berpendapat mengenakan penaiti seperti memotong markah penilaian prestasi terutama kepada Ketua-Ketua petugas yang didapati cuai atau sengaja tidak mematuni peraturan keselamatan yang menyebabkan berlakunya kemaiangan merupakan idea yang baik.

  Namun, penyelesaian seperti itu bukanlah yang terbaik,  Sebaliknya saya yakin bahawa pematuhan peraturan dan undang-undang hasil kesedaran diri sendiri secara 'sukarela'adalah lebih berkesan dan berpanjangan. Saya yakin melalui usaha-usaha yang disebutkan itu masalah-masalah berkaitan dengan kesefamatan dan kesihatan akan dapat dibendung dan sudah tentu akan memberi sumbangan besar kepada kita dan syarikat ke arah mencapai hasrat hidup yang berkualiti.

  Saudara/saudari/

 Di majlis pada pagi ini saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada saudara/saudari dan semua warga kerja Syarikat yang lain yang jatuh pada esok 1 Mei.

Saya ingin mengucap terima-kasih di atas sumbang bakti yang dicurahkan/ komitmen kerja yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi yang diberikan kepada Syarikat.

  Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Kesatuan yang sentiasa memberi kerjasama erat kepada pihak pengurusan dalam usaha mengukuhkan dayasaing dan mencapai matlamat-matlamat Syarikat.

  Kita sedar bahawa tahun ini merupakan tahun yang lebih mencabar jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu.   Menilai situasi semasa/ besar kemungkinan kita akan kehilangan lebih banyak BTS berbanding dengan tahun- tahun lalu, Jika benar maka kadar penggunaan kilang akan merosot dan kos memproses akan meningkat yang akhirnya akan menggugat dayasaing Syarikat.

  Oleh itu saya berharap kita semua akan terus berusaha menangani cabaran dan masalah-masalah tersebut. Kita perlu berubah dalam semua aspek seperti cara berfikir yang lebih matang/ meningkatkan lagi tahap pengetahuan dan kemahiran kerja serta melipat gandakan usaha memperolehi lebih banyak bekalan BTS/ mengawal kos dengan lebih berkesan, meningkatkan kecekapan memproses dan mengeluarkan hasil bermutu tinggi. Akhir sekali, saya ingin mengulangi, marilah kita bersama-sama berusaha menjadikan Syarikat kita sebagai organisasi yang selamat dan bebas dari kemalangan serta penyakit pekerjaan. Kejayaan kita dalam mencapai matlamat ini amatlah penting kerana perkara berkaitan kerja selamat adalah antara ciri atau kriteria penentu "organisasi bertarafdunia"

  Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim/ saya merasmikan pelancaran Kempen Bulan Keselamatan FPI 2002.