Make your own free website on Tripod.com
;

Felda palm Industries Sdn Bhd
TEMENTI
BAHAGIAN KAWALAN MUTU

 VISI

 Menjadikan FPISB peneraju di peringkat global dalam kualiti hasilan sawit dan juga perkhidmatannya.

 MISI

 Membantu kilang-kilang mengeluar dan menghantar hasil-hasil bermutu tinggi secara  effisien kepada pelanggan dengan kesan minima terhadap alam sekitar.

 FUNGSI

   1.Menentukan matlamat bagi pembaharuan dan melaksanakan langkah-langkah pengekalan matlamat tersebut. Caranya ialah dengan mereka dan menjalankan
      yang melibatkan perubahan dalam proses pengilangan, peralatan dan lain-lain.

   2.Memberikan khidmat nasihat kepada pengurusan kilang tentang mutu, proses pengilangan serta aktiviti-aktiviti rawatan air dan kawalan effluen.
   3.Melatih dan mengekalkan petugas-petugas berkebolehan untuk melaksanakan fungsi-fungsi kualiti, proses pengilangan dan kawalan rawatan air dan effluen.
   4.Memberikan nasihat kepada pengurusan atasan hal-hal kualiti dalam melaksanakan kilang baru dan aspek-aspek pengilangan.
   5.Memberikan bantuan kepada pengurusan kilang menyebar secara menyeluruh pentingnya kualiti dan keperihatinan terhadap alam sekitar.
   6.Menjalankan kajian khas kualiti seperti soal selidik dan analisa keupayaan memproses.
   7.Membuat kajiselidik meningkatkan kaedah kawalan mutu.8.
   8.Menyertai aktiviti-aktiviti kualiti, proses pengilangan, kawalan Air dan effluen yang dianjurkan  organisasi-organisasi profesional.

FUNGSI BAHAGIAN KAWALAN MUTU

         A.KAWALAN & PENINGKATAN MUTU (QUALITY CONTROL & IMPROVEMENT)

                    A.1. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti peningkatan mutu dan penyelenggaraan mutu bagi menghasilkan keluaran yang baik pada
                            tahap kecekapan maksima dengan kos minima.

                    A.2. Menasihat Pegawai-Pegawai di Pejabat Wilayah dan Pengurusan kilang-kilang mengenai aktiviti kawalan mutu.

                    A.3. Melaksanakan latihan kepada kakitangan-kakitangan bagi  meningkatkan kefahaman terhadap kawalan mutu.

                    A.4. Menjalankan kajian khas mengenai mutu seperti ‘surveys’ dan ‘process capability analysis’.

                    A.5. Membuat penyelidikan mengenai kaedah-kaedah peningkatan kawalan mutu.

                    A.6. Menasihat pengurusan mengenai aspek mutu bagi pembinaan  kilang-kilang baru dan pembesaran kawalan pengeluaran.

                    A.7. Membantu pengurusan dalam kerja-kerja stimulasi bagi membangkitkan rasa penghargaan kepada pentingnya sikap Quality Mindedness’.

                    A.8. Menyertai kegiatan-kegiatan mengenai kawalan mutu yang dianjurkan oleh MOPGC, PORIM dan lain-lain.

          B. PENJAMINAN MUTU (QUALITY ASSURANCE)
                    B.1. Berhubung dengan penerima/pembeli MSM/ISI SAWIT supaya mutu hasil keluaran memenuhi kehendak spesifikasi mereka.

                    B.2. Memberitahu kilang-kilang sawit mutu MSM/ISI SAWIT yang diterima oleh penerima/pembeli.

          C. RAWATAN AIR (RAW & BOILER WATER TREATMENT)
                    C.1. Menentukan program rawatan air dandang setim yang terbaik untuk kilang-kilang sawit FPI.

                    C.2. Menjalankan kajian khas (continuous improvement) mengenai  rawatan air.

          D. PENGOLAHAN EFFLUEN (EFFLUENT TREATMENT)
                    D.1. Menyelaraskan dengan Pegawai-Pegawai di Pejabat Wilayah dan Pengurusan kilang-kilang mengenai aktiviti-aktiviti bagi
                            memulakan dan menjalankan loji kawalan pencemaran alam.

                    D.2. Menjalankan kajian khas mengenai pengolahan effluen di kilang sawit.

                    D.3. Memaklumkan kilang-kilang sawit tentang perkembangan  baru pengolahan effluen kilang sawit dan akta-akta pencemaran alam.

                    D.4. Membuat kawalan ke atas mutu effluen yang dilupuskan di semua kilang-kilang.

                    D.5. Memastikan analisa dapat dilaksanakan di makmal pencemaran alam sekitar dengan berkesan.

           E.PENGGUNAAN EFFLUEN KE ATAS TANAH (LAND APPLICATION OF POME)

                    E.1. Memohon kebenaran bertulis Jabatan Alam Sekitar untuk kilang-kilang sawit.

                    E.2. Menyediakan kemudahan "loading POME" di kilang-kilang sawit.

                    E.3. Memberitahu ibu pejabat Felda/FPSB prestasi pengambilan POME oleh rancangan/ladang.


          F. PENCEMARAN UDARA
                    F.1. Memastikan dandang kilang-kilang dapat mematuhi Akta Alam Sekeliling (Udara Bersih) Pengeluaran asap hitam dapat dicegah sepenuhnya.

                    F.2. Memastikan tidak ada pembakaran terbuka dilakukan oleh kilang-kilang.

                    F.3. Memastikan stack sampling dilaksanakan setiap suku tahun.

          G. PENGGUNAAN TANDAN KOSONG DI LADANG
                    G.1. Memastikan FPSB mengambil tandan-tandan kosong bagi penggunaan di ladang-ladang.

                    G.2. Menguruskan kemudahan pemunggahan di kilang-kilang yang akan melaksanakan sistem penggunaan tandan di ladang.

                                       EHSAN DARI KAWALAM MUTU HQ (FPISB)

 


   Copy @ 2001 ks tementi
All Right Reserved