Felda palm Industries Sdn Bhd
TEMENTI
BAHAGIAN KAWALAN MUTU

VISI

Menjadikan FPISB peneraju di peringkat global dalam kualiti hasilan sawit dan juga
perkhidmatannya.

MISI

Membantu kilang-kilang mengeluar dan menghantar hasil-hasil bermutu tinggi secara
effisien kepada pelanggan dengan kesan minima terhadap alam sekitar.

FUNGSI

   1.Menentukan matlamat bagi pembaharuan dan melaksanakan langkah-langkah
      pengekalan matlamat tersebut. Caranya ialah dengan mereka dan menjalankan ujian
      yang melibatkan perubahan dalam proses pengilangan, peralatan dan lain-lain.
   2.Memberikan khidmat nasihat kepada pengurusan kilang tentang mutu, proses
      pengilangan serta aktiviti-aktiviti rawatan air dan kawalan effluen.
   3.Melatih dan mengekalkan petugas-petugas berkebolehan untuk melaksanakan
      fungsi-fungsi kualiti, proses pengilangan dan kawalan rawatan air dan effluen.
   4.Memberikan nasihat kepada pengurusan atasan hal-hal kualiti dalam melaksanakan
      kilang baru dan aspek-aspek pengilangan.
   5.Memberikan bantuan kepada pengurusan kilang menyebar secara menyeluruh
      pentingnya kualiti dan keperihatinan terhadap alam sekitar.
   6.Menjalankan kajian khas kualiti seperti soal selidik dan analisa keupayaan
      memproses.
   7.Membuat kajiselidik meningkatkan kaedah kawalan mutu.

   8.Menyertai aktiviti-aktiviti kualiti, proses pengilangan, kawalan Air dan effluen yang dianjurkan
      organisasi-organisasi profesional.

                    FUNGSI BAHAGIAN KAWALAN MUTU
 

  A.KAWALAN & PENINGKATAN MUTU

(QUALITY CONTROL & IMPROVEMENT)

                    A.1. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti peningkatan mutu dan
                            penyelenggaraan mutu bagi menghasilkan keluaran yang baik pada
                            tahap kecekapan maksima dengan kos minima.

                    A.2. Menasihat Pegawai-Pegawai di Pejabat Wilayah dan
                            Pengurusan kilang-kilang mengenai aktiviti kawalan mutu.

                    A.3. Melaksanakan latihan kepada kakitangan-kakitangan bagi
                            meningkatkan kefahaman terhadap kawalan mutu.

                    A.4. Menjalankan kajian khas mengenai mutu seperti ‘surveys’
                            dan ‘process capability analysis’.

                    A.5. Membuat penyelidikan mengenai kaedah-kaedah peningkatan
                            kawalan mutu.

                    A.6. Menasihat pengurusan mengenai aspek mutu bagi pembinaan
                            kilang-kilang baru dan pembesaran kawalan pengeluaran.

                    A.7. Membantu pengurusan dalam kerja-kerja stimulasi bagi
                            membangkitkan rasa penghargaan kepada pentingnya sikap
                            ‘Quality Mindedness’.

                    A.8. Menyertai kegiatan-kegiatan mengenai kawalan mutu yang
                           dianjurkan oleh MOPGC, PORIM dan lain-lain.

          B. PENJAMINAN MUTU (QUALITY ASSURANCE)
                    B.1. Berhubung dengan penerima/pembeli MSM/ISI SAWIT
                            supaya mutu hasil keluaran memenuhi kehendak spesifikasi
                            mereka.

                    B.2. Memberitahu kilang-kilang sawit mutu MSM/ISI SAWIT
                            yang diterima oleh penerima/pembeli.

          C. RAWATAN AIR (RAW & BOILER WATER TREATMENT)
                    C.1. Menentukan program rawatan air dandang setim yang terbaik
                            untuk kilang-kilang sawit FPI.

                    C.2. Menjalankan kajian khas (continuous improvement) mengenai
                            rawatan air.
          D. PENGOLAHAN EFFLUEN (EFFLUENT TREATMENT)
                    D.1. Menyelaraskan dengan Pegawai-Pegawai di Pejabat Wilayah
                            dan Pengurusan kilang-kilang mengenai aktiviti-aktiviti bagi
                            memulakan dan menjalankan loji kawalan pencemaran alam.

                    D.2. Menjalankan kajian khas mengenai pengolahan effluen di
                            kilang sawit.

                    D.3. Memaklumkan kilang-kilang sawit tentang perkembangan
                            baru pengolahan effluen kilang sawit dan akta-akta pencemaran
                            alam.

                    D.4. Membuat kawalan ke atas mutu effluen yang dilupuskan di
                            semua kilang-kilang.

                    D.5. Memastikan analisa dapat dilaksanakan di makmal
                            pencemaran alam sekitar dengan berkesan.

   E.PENGGUNAAN EFFLUEN KE ATAS TANAH
      (LAND APPLICATION OF POME)

                    E.1. Memohon kebenaran bertulis Jabatan Alam Sekitar untuk
                            kilang-kilang sawit.

                    E.2. Menyediakan kemudahan "loading POME" di kilang-kilang
                           sawit.

                    E.3. Memberitahu ibu pejabat Felda/FPSB prestasi pengambilan
                           POME oleh rancangan/ladang.
          F. PENCEMARAN UDARA
                    F.1. Memastikan dandang kilang-kilang dapat mematuhi Akta
                           Alam Sekeliling (Udara Bersih) Pengeluaran asap hitam dapat
                           dicegah sepenuhnya.

                    F.2. Memastikan tidak ada pembakaran terbuka dilakukan oleh
                           kilang-kilang.

                    F.3. Memastikan stack sampling dilaksanakan setiap suku tahun.

          G. PENGGUNAAN TANDAN KOSONG DI LADANG
                    G.1. Memastikan FPSB mengambil tandan-tandan kosong bagi
                            penggunaan di ladang-ladang.

                    G.2. Menguruskan kemudahan pemunggahan di kilang-kilang yang
                            akan melaksanakan sistem penggunaan tandan di ladang.

                                       EHSAN DARI KAWALAM MUTU HQ (FPISB)

 


   Copy @ 2001 ks tementi
All Right Reserved