KS Tementi

Felda Palm Industries Sdn Bhd
Kilang Sawit Tementi
Pahang Darul Makmur

  RAHSIA MENINGKATKAN OER 

  Dalam keluaran kali ini, kita menyentuh mengenai pentingnya penuaianBTS bermutu baik dan perlunya penjagaan dan pilihan BTS yang benar masak saja yang dituai. .Kita akan melihast BTS dalam aspek lain yang menjadi isu di kalangan pihak industri, iaitu pengendalian BTS selepas ianya dituai.

  Sekiranya kualiti BTS yang dihantar ke kilang mutunya adalah rendah, maka mutu minyak yang dihasilkan daripadanya juga turut rendah. Minyak mestilah bermutu supaya mudah dipasarkan di pasaran dunia kerana malaysia adalah pengeksport terbesar dunia bagi minyak sawit.

  Pembeli di pasaran dunia kini sangat prihatin terhadap kualiti. Buktinya kini wujud piawaian antarabangsa seperti piawaian ISO dan bakal pembeli kini boleh meminta persijilan sedemikian untuk memastikan mereka mendapat produk berkualiti.

Penerimaan yang baik oleh dunia terhadap minyak sawit negara kita mencerminkan bahawa terdapat sesuatu kelebihan yang ada pada minyak berkenaan. Tidak lain dan tidak bukan ialah kualitinya yang baik. Ia masih boleh diperbaiki dan ditingkatkan lagi kerana kita mampu untuk melakukannya.

Untuk memulakannya, semua tandan BTS mestilah dikendalikan secara rapi dan cermat kerana buahnya yang masak adalah lembut dan mudah calar dan cedera. Kerosakan keatasnya boleh menyebabkan asid lemak dalam buah tersebut meningkat dengan cepat kandungan asid lemak didalam buah sawit yang telah dituai hendaklah berada pada paras yang paling minimum. Cara yang paling ideal untuk menuai atau memotong tandan sawit ialah dengan memotong tangkainya dan menurunkannya kebawah menggunakan tali tanpa mencederakan buah berkenaan. Sudah tentulah cara ini tidak praktikal kerana pokok sawit yang perlu dituai adalah banyak. Alternatif yang terbaik ialah untuk meminimumkan kecederaan yang mungkin boleh berlaku ke atas buah sawit. 

Tidak ada sebab kukuh kenapa buah sawit yang kurang masak dituai. Warna adalah menjadi petunjuk mudah untuk menentukan tahap standard kemasakan sesuatu tandan buah sawit. Buah yang kurang masak lazimnya mempunyai kandungan minyak yang rendah. Jika terlalu banyak BTS kurang masak dituai, ia akan menurunkan paras OER dan akibatnya si pembekal harus menerima dendaan yang sewajarnya. Oleh itu, adalah munasabah sedikit perhatian diberikan untuk memastikan hanya buah sawit yang benar-benar masak saja dituai. Hanya dengan sedikit usaha seperti ini daripada setiap warga industri yang terbabit akan memberi nikmat dan kebaikan kepada negara keseluruhannya. Sebagai warga Malaysia, setiap pengeluar BTS hanya perlu mengorbankan sedikit keprihatinan sebegini dan menjadikan negara ini bangga dengan mereka.

Dalam proses pengendalian BTS di kilang, terutama apabila semua tandan sawit dimasukkan ke dalam loading ram pasti akan berlaku kecederaan ke atas buah sawit berkenaan. Ia akan menjadi lebih ketara lagi apabila loading ramp terlalu penuh berisi dengan tandan buah sawit. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya limpahan BTS yang akan jatuh ke bahagian atas konkrit loading ramp berkenaan yang kemudianya akan dipindahkan dan dimasukkan ke dalam loading ramp menggunakan showal ataupun traktor penyodok (tractor shovels). Ketika inilah banyak berlaku buah sawit lerai yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi menjadi rosak dan cedera kesan dari lecekan roda traktor penyodok yang beroperasi. Keadaan merugikan ini terus menerus berlaku walaupun disedari oleh semua pihak baik di pihak ladang mahupun di kilang.

Satu lagi aspek penting yang perlu ditumpukan perhatian ialah kehadiran pasir dan sampah yang banyak bersama dengan tandan buah sawit. Beratnya boleh mencapai setinggi 10 peratus atau lebih dari berat BTS yang dihantar ke kilang. Bolehkan kilang memerah minyak dari pasir dan sampah ? Dengan teknologi menggunakan alat mekanikal memungut buah lerai, kandungan pasir dan sampah bersama BTS telah meningkat dengan begitu ketara.

Pasir halus yang turut ikut bersama pemprosesan buah sawit merosakkan peralatan kilang. Usia guna peralatan jentera kilang menjadi pendek dan mengakibatkan tingginya kos pembaikan dan penggantian peralatan. Sebagai contoh skru pemerah (screw presses) yang memerah minyak dari buah sawit lazimnya mempunyai usia guna di antara 1,200 hingga 1,500 jam bekerja pada peringkat awal perkembangan industri sawit di Malaysia. Kini secara amnya, usia guna menurun ke paras 400 hingga 600 jam bekerja saja, akibat tingginya kandungan pasir bersama BTS ketika pemerosesan. Apakah yang telah kita lakukan mengenai perkara ini ? Masalah ini boleh menyumbang kepada meningkatnya kos pengeluaran. Oleh yang demikian sesuatu harus dilakukan untuk mengatasinya.

Penyelesaian kepada masalah ini ada di kalangan pembekal BTS. Seharusnya mereka membudayakan amalan kerja yang baik untuk memastikan BTS yang dibekalkan adalah sentiasa bermutu agar imej Malaysia sebagai pengeluar utama minyak sawit dunia yang bermutu tinggi terus terpelihara. Ia memerlukan hanya sedikit usaha ke arah hasil yang sangat menguntungkan. Pengeluar BTS seharusnya menumpukan kepada perkara berikut :-

  1. Pastikan tandan sawit yang dituai benar-benar masak dan segar.

  2. Pastikan semua buah sawit yang lerai dikutip dan dihantar ke kilang. 

  3. Pastikan tandan sawit yang dituai adalah bersih dari pasir dan kotoran. 

  4. Pastikan pengendalian BTS adalah minima untuk mengurangkan kecederaan kepada buah  sawit. 

Kilang memproses buah sawit pula seharusnya 

  1. Meminimumkan kecederaan BTS di kilang. Pengendalian BTS adalah pada   tahap paling minimum ;

  2. Elak daripada mencampakkan BTS di atas loading ramp dengan menambah kapasiti penyimpanan buah sawit ;

  3. Elak daripada perlecekan buah sawit lerai oleh shawal yang beroperasi 

  4. Cuba bersihkan pasir dan kotoran yang ada bersama BTS sebelum ia diproses. Seharusnya kerja ini dilakukan di ladang.

  5. Bersehkan segera loading ramp secepat munkin untuk mengurangkan banyak pergerakan kenderaan di kawasan kilang.

Aktikal ini ada lah sumbangan dari MPOB dan diubah suai sedikit untuk penyusuaian kepada kilang yang menggunakan peralatan yang berbeza. Diharapkan aktikal ini dapat membantu serba sedikit untuk menaikan OER dari masa kesemasa.

Sekian Terima Kaseh

Copy @ 2002 ksTementi
All Right Reserved