RAHSIA MENINGKATKAN OER
Dalam
keluaran kali ini, kita menyentuh mengenai pentingnya penuaianBTS
bermutu baik dan perlunya penjagaan dan pilihan BTS yang benar masak
saja yang dituai. .Kita akan melihast BTS dalam aspek
lain yang menjadi isu di kalangan pihak industri, iaitu pengendalian BTS
selepas ianya dituai.
Sekiranya kualiti BTS yang dihantar ke kilang mutunya adalah rendah, maka mutu
minyak yang dihasilkan daripadanya juga turut rendah. Minyak mestilah
bermutu supaya mudah dipasarkan di pasaran dunia kerana malaysia adalah
pengeksport terbesar dunia bagi minyak sawit.
Pembeli di pasaran dunia kini sangat prihatin terhadap kualiti. Buktinya
kini wujud piawaian antarabangsa seperti piawaian ISO dan bakal pembeli
kini boleh meminta persijilan sedemikian untuk memastikan mereka
mendapat produk berkualiti.
Penerimaan yang baik oleh dunia terhadap minyak sawit negara kita
mencerminkan bahawa terdapat sesuatu kelebihan yang ada pada minyak
berkenaan. Tidak lain dan tidak bukan ialah kualitinya yang baik. Ia
masih boleh diperbaiki dan ditingkatkan lagi kerana kita mampu untuk
melakukannya.
Untuk memulakannya, semua tandan BTS mestilah dikendalikan secara rapi
dan cermat kerana buahnya yang masak adalah lembut dan mudah calar dan
cedera. Kerosakan keatasnya boleh menyebabkan asid lemak dalam buah
tersebut meningkat dengan cepat kandungan asid lemak didalam buah sawit
yang telah dituai hendaklah berada pada paras yang paling minimum. Cara
yang paling ideal untuk menuai atau memotong tandan sawit ialah dengan
memotong tangkainya dan menurunkannya kebawah menggunakan tali tanpa
mencederakan buah berkenaan. Sudah tentulah cara ini tidak praktikal
kerana pokok sawit yang perlu dituai adalah banyak. Alternatif yang
terbaik ialah untuk meminimumkan kecederaan yang mungkin boleh berlaku
ke atas buah sawit.
Tidak ada sebab kukuh kenapa buah sawit yang kurang masak dituai. Warna
adalah menjadi petunjuk mudah untuk menentukan tahap standard kemasakan
sesuatu tandan buah sawit. Buah yang kurang masak lazimnya mempunyai
kandungan minyak yang rendah. Jika terlalu banyak BTS kurang masak
dituai, ia akan menurunkan paras OER dan akibatnya si pembekal harus
menerima dendaan yang sewajarnya. Oleh itu, adalah munasabah sedikit
perhatian diberikan untuk memastikan hanya buah sawit yang benar-benar
masak saja dituai. Hanya dengan sedikit usaha seperti ini daripada
setiap warga industri yang terbabit akan memberi nikmat dan kebaikan
kepada negara keseluruhannya. Sebagai warga Malaysia, setiap pengeluar
BTS hanya perlu mengorbankan sedikit keprihatinan sebegini dan
menjadikan negara ini bangga dengan mereka.
Dalam proses pengendalian BTS di kilang, terutama apabila semua tandan
sawit dimasukkan ke dalam loading ram pasti akan berlaku
kecederaan ke atas buah sawit berkenaan. Ia akan menjadi lebih ketara
lagi apabila loading ramp terlalu penuh berisi dengan tandan buah sawit.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya limpahan BTS yang akan jatuh ke
bahagian atas konkrit loading ramp berkenaan yang kemudianya akan
dipindahkan dan dimasukkan ke dalam loading ramp menggunakan showal ataupun traktor penyodok (tractor shovels). Ketika inilah banyak berlaku
buah sawit lerai yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi menjadi
rosak dan cedera kesan dari lecekan roda traktor penyodok yang
beroperasi. Keadaan merugikan ini terus menerus berlaku walaupun
disedari oleh semua pihak baik di pihak ladang mahupun di kilang.
Satu lagi aspek penting yang perlu ditumpukan perhatian ialah kehadiran
pasir dan sampah yang banyak bersama dengan tandan buah sawit. Beratnya
boleh mencapai setinggi 10 peratus atau lebih dari berat BTS yang
dihantar ke kilang. Bolehkan kilang memerah minyak dari pasir dan sampah
? Dengan teknologi menggunakan alat mekanikal memungut buah lerai,
kandungan pasir dan sampah bersama BTS telah meningkat dengan begitu
ketara.
Pasir halus yang turut ikut bersama pemprosesan buah sawit merosakkan
peralatan kilang. Usia guna peralatan jentera kilang menjadi pendek dan
mengakibatkan tingginya kos pembaikan dan penggantian peralatan. Sebagai
contoh skru pemerah (screw presses) yang memerah minyak dari buah sawit
lazimnya mempunyai usia guna di antara 1,200 hingga 1,500 jam bekerja
pada peringkat awal perkembangan industri sawit di Malaysia. Kini secara
amnya, usia guna menurun ke paras 400 hingga 600 jam bekerja saja,
akibat tingginya kandungan pasir bersama BTS ketika pemerosesan. Apakah
yang telah kita lakukan mengenai perkara ini ? Masalah ini boleh
menyumbang kepada meningkatnya kos pengeluaran. Oleh yang demikian
sesuatu harus dilakukan untuk mengatasinya.
Penyelesaian kepada masalah ini ada di kalangan pembekal BTS. Seharusnya
mereka membudayakan amalan kerja yang baik untuk memastikan BTS yang
dibekalkan adalah sentiasa bermutu agar imej Malaysia sebagai pengeluar
utama minyak sawit dunia yang bermutu tinggi terus terpelihara. Ia
memerlukan hanya sedikit usaha ke arah hasil yang sangat menguntungkan.
Pengeluar BTS seharusnya menumpukan kepada perkara berikut :-
-
Pastikan tandan sawit yang dituai benar-benar masak dan segar.
-
Pastikan semua buah sawit yang lerai dikutip dan dihantar ke kilang.
-
Pastikan tandan sawit yang dituai adalah bersih dari pasir dan
kotoran.
-
Pastikan pengendalian BTS adalah minima untuk mengurangkan
kecederaan kepada buah sawit.
Kilang memproses buah sawit pula
seharusnya
-
Meminimumkan kecederaan BTS di kilang. Pengendalian BTS adalah pada
tahap paling minimum ;
-
Elak daripada mencampakkan BTS di atas loading ramp dengan
menambah kapasiti penyimpanan buah sawit ;
-
Elak daripada perlecekan buah sawit lerai oleh shawal yang
beroperasi
-
Cuba bersihkan pasir dan kotoran yang ada bersama BTS sebelum ia
diproses. Seharusnya kerja ini dilakukan di ladang.
-
Bersehkan segera loading ramp secepat munkin untuk mengurangkan
banyak pergerakan kenderaan di kawasan kilang.
Aktikal ini ada lah sumbangan dari
MPOB dan diubah suai sedikit untuk penyusuaian kepada kilang yang
menggunakan peralatan yang berbeza. Diharapkan aktikal ini dapat membantu
serba sedikit untuk menaikan OER dari masa kesemasa.
Sekian Terima Kaseh

Copy @ 2002 ksTementi All Right
Reserved |