Make your own free website on Tripod.com

Felda Palm Industries Sdn Bhd
TEMENTI
MENGAPA PENJAGAAN AIR DIPERLUKAN

Bendasing-Bendasing Yang Menyebabkan Mendapan
Mendapan dan serpihan ( scaling ) dandang disebabkan oleh bahan ampaian yang tertinggal diatas permukaan-permukaan heat transfer dandang. Sebaik sahaja penyejatan berlaku kepekatan bendasing-bendasing meningkat membentuk scaling yang keras didalam dandang.
Jenis-jenis Bendasing
Bikarbonat-bikarbonat terlarut bagi kalsium dan magnusium terurai didalam dandang untuk memendaka karbonat-karbonat diatas logam sebagai enapcemar atau serpihan (scaling). Kalsium sulfat dan mendakan silika pada logam dandang adalah sepihan keras. Ampaian besi atau dalam bentuk larutan juga adalah mendapan keatas logam. Kandungan-kandungan natrium adalah larutan dalam air dan selalunya tidak membentuk mendakan ( deposat ).
Jenis-Jenis Mendapan ( Deposit )
Adalah pekara biasa bagi mineral-mineral wujut didalam air untuk penghasilan semula mendapan dan membentuk jenie-jenis hablor serta struktur-struktur batuan yang berlainan. Mendapan-mendapan pada dandang amnya mengandungi berbagai jenis compuran mineral -mineral dan penghasilan pengaratan
Mendapan Sulfat
Mendapan sulfat adalah keras dan tumpat. Ia kurang berserbuk dan tidak membentuk gelenbung-gelembung apabila dijatuhkan kedalam asid.
Mendapan Silika
Mendapan silika adalah cukup keras dan tumpat. Serpihan ( scaling ) adalah rapuh dan sukar untuk menjadi serbuk. Juga tidak larut dalam asid Hidroklorid.
Mendapat Karbonet
Mendapat Karbonate adalah wujud dalam bentuk granulardan poros yang bercampur dengan material-meterial lain yang halus. Bila dicampurkan dengan larutan asid. karbon doioksida akan wujud dan dapat dilihat apabila buih terbentuk
Masaalah-Masaalah Disebabkan Oleh Mendapan
Mendapan-mendapan dalam boiler berkelakuan seperti penebat dan menghalang pemindahan haba kepada air melalui dinding tiub dandang. Ini menyebabkan logam itu sendiri terlampau panas dan kadangkala sampai pda takat melembut dan bengkok. Mendapan mendapan ada lah penyebab kepada rintangan separa terhadap peredaran pada tiub-tiub, ianya didahului dengan kekurangan air yang amat sangat dan pemanasan yang terlalu pada tiub-tiub .Logam dandang yang diselaputi dengan mendapan , boleh dianggap mendapat serangan pengaratan.

Pengaratan Pada Logam Dandang

Apa itu Pengaratan ( Corrosion )
Apabila karat besi ditukarkan kembali kepada oksida besi: pengatan dalah merupakan ulangan kembali ke bentuk bijih asalnya. Pengaratan merupakan satu tindakbalas elektrokimia yang mana dalam bentuk serangan umum terhadap satu kawasan yang luas atau terhadap 'pinpoint' penebusan  sasuatu logam . Kebanyakan pengaratan didalam dandang adalah disebabkan tindak balas logan dan oksigen dan dibantu faktor-faktor lain seperti tekanan dan pengoksidaan
Pengaratan yang disebabkan oleh sisten suap air adalah disebabkan oleh kerendahan pH air dan kehadiran oksigen dan karbon dioksida yerlarut. Didalam dandang pengaratan berlaku bila kealkalian air itu rendah dan kandungan oksigen yang tinggi senasa pemeluapan dan keadaan yang ideal . Suhu yang tinggi dan tekanan-tekanan logam akan menambahkan kadar pegaratan dalam wap dan sistem pemejalan adalah disebabkan oleh kandungan yang tinggi bagi karbon dioksida terlarut.
Embrittlement Kaustik ( Keretakan Kaustik )
Ini juga dikenali sebagai keretakan kaustik logam pendadang disebabkan oleh retak antara butiran. Syarat-syarat yang diperlukan oleh keretakan jenis ini untuk berlaku adalah:

  1. Logam  menhadapi tekanan .
  2. Dandang air misti mengandongi kandungan kealkalian kaustik yang tinggi .
  3. Alur-alur kebocoran yang membenarkan air dandang untuk tersejat dan tertumpu keatas logam yang disentoh .
Masalah-masalah ini akan melanda  dandang yang mempunyai drum yang tersumbat . Untuk drum dandang yang telah dipatri ( welding) . serangan ini boleh berlaku pada hujung tiup.

Fatig Pengaratan ( corrosion Fatigue )
Keretakan pada logam dandang boleh berlaku menerusi tekanan yang dicipta oleh peningkatan pemanas dan penyejukan . Pada permulaan proses pengaratanpermukaan logam itu akan dikaratkan atau dilubangkan.
Masalah Yang Ditimbulkan Oleh Pengaratan
Pengaratan menakibatkan kerosakan yang berterusan terhadap logam. Pengaratan yang seragam dipermukaan dandang  pada kawasan yang luas adalah tidak begitu serious.tetapi lubang pengaratan akan mengakibatkan penembusan terhadap tiub dandang seperti lubang pin adalah patut diambil berat . Pengaratan juga akan mengakibatkan berlakunya mendapan dibawah dandang.
Pengawalan Pengaratan
kaedah-kaedah pencegahan termasuklah

  1. Menyikirkan larutan oksigen dan karban dioksida dari air
  2. Mengekalkan keadaan beralkali dalam air dandang
  3. Menjadikan keadaan permukaan dalam berseh dan bebas dari mendakan .
  4. Melindungi dandang semasa tidak digunakan
  5. Merawat air dandang dan stim dengan bahan kimia penyah oksigen
Pencemaran Stim
Stim biasanya dicemarkan oleh pepejal air dandang yang dibawa oleh air dandang kepada stim . Satu jenis pembawa dinamakan pembuihan , dimana gelembong gelembong atau buih yang dibina atas permukaan air dandang . Ia juga boleh ujud dalam keadaan beranting atau berkabut pada permukaan air . Priming adalah pergerakan secara tiba-tiba air dandang yang mengalami carry-over bersama sama dengan stim semasa operasi .
Apa Yang Menyebabkab Carryover
Pembuihan disebabkan oleh kepekatan tinggi pepejal dalam air dandang terutamanya alkali-alkali minyak dan lemak ,bahan organik dan pepejal terampai . Priming boleh terjadi disebabkan oleh reka bentuk yang kurang baik dan pengendalian dandang ,pengstiman yang berlebehan dan turun naik secara tiba-tiba dalam pemintaan stim . Pencemaran minyak pada suap air boleh menyebabkan pembuihan dan pembentukan sabun didalam air dandang . Pepejal terampai pula dikatakan untuk membentuk permukaan yang kuat disekeliling gelembung oleh itu membina pembuihan yang stabil .
Carry-over silika kedalam stim secara fizikalnya adalah melalui air dandang atau dalam bentuk meruap pada tekanan dandang yang melebihi 400 psi . Terdapat kecenderugan  bagi slika untuk diruapkan dan masuk kedalam stim .
Masaalah Carryover Dan Cara Mengawalnya.
Stim yang lembab menyebabkan penurunan dalam kecekapan operasi dan hakisan turbine dan injin . Pepejal air dandang yang mana mendapannya  masuk kesistem stim , super heater , tiub dan kondensar akan menebabkan pemenasan berlebihan pada super heater  tiub dan mengurangkan kecekapan terbine . Bendasing-bendasing yang megalami carry-over dengan stim boleh juga mencacatkan kecekapan pemorosesan.
Langkah berjaga-jaga yang baik ialah untuk mengekalkan kepekatan pepejal dalam air dandang pada paras air yang rendah , dandang seharusnya tidak beroperasi pada paras air yang tinggi , pada muatan yang berlebihan  dan pertukaran muatan yang tiba-tiba . Pegunaan bahan kimia agen anti buih boleh juga digunakan .

 

RAWATAN AIR

RAWATAN AIR1

RAWATAN AIR2

RAWATAN AIR3

RAWATAN AIR4

RAWATAN AIR5

Copy @ 2001
Ks Tementi All Right Reserved