![]() |
![]() Felda Palm Industries Sdn Bhd TEMENTI |
![]() |
Bendasing-Bendasing Yang
Menyebabkan Mendapan Mendapan dan serpihan ( scaling ) dandang disebabkan oleh bahan ampaian yang tertinggal diatas permukaan-permukaan heat transfer dandang. Sebaik sahaja penyejatan berlaku kepekatan bendasing-bendasing meningkat membentuk scaling yang keras didalam dandang. Jenis-jenis Bendasing Bikarbonat-bikarbonat terlarut bagi kalsium dan magnusium terurai didalam dandang untuk memendaka karbonat-karbonat diatas logam sebagai enapcemar atau serpihan (scaling). Kalsium sulfat dan mendakan silika pada logam dandang adalah sepihan keras. Ampaian besi atau dalam bentuk larutan juga adalah mendapan keatas logam. Kandungan-kandungan natrium adalah larutan dalam air dan selalunya tidak membentuk mendakan ( deposat ). Jenis-Jenis Mendapan ( Deposit ) Adalah pekara biasa bagi mineral-mineral wujut didalam air untuk penghasilan semula mendapan dan membentuk jenie-jenis hablor serta struktur-struktur batuan yang berlainan. Mendapan-mendapan pada dandang amnya mengandungi berbagai jenis compuran mineral -mineral dan penghasilan pengaratan Mendapan Sulfat Mendapan sulfat adalah keras dan tumpat. Ia kurang berserbuk dan tidak membentuk gelenbung-gelembung apabila dijatuhkan kedalam asid. Mendapan Silika Mendapan silika adalah cukup keras dan tumpat. Serpihan ( scaling ) adalah rapuh dan sukar untuk menjadi serbuk. Juga tidak larut dalam asid Hidroklorid. Mendapat Karbonet Mendapat Karbonate adalah wujud dalam bentuk granulardan poros yang bercampur dengan material-meterial lain yang halus. Bila dicampurkan dengan larutan asid. karbon doioksida akan wujud dan dapat dilihat apabila buih terbentuk Masaalah-Masaalah Disebabkan Oleh Mendapan Mendapan-mendapan dalam boiler berkelakuan seperti penebat dan menghalang pemindahan haba kepada air melalui dinding tiub dandang. Ini menyebabkan logam itu sendiri terlampau panas dan kadangkala sampai pda takat melembut dan bengkok. Mendapan mendapan ada lah penyebab kepada rintangan separa terhadap peredaran pada tiub-tiub, ianya didahului dengan kekurangan air yang amat sangat dan pemanasan yang terlalu pada tiub-tiub .Logam dandang yang diselaputi dengan mendapan , boleh dianggap mendapat serangan pengaratan. Pengaratan Pada Logam Dandang Apa itu Pengaratan ( Corrosion )
Fatig Pengaratan ( corrosion Fatigue )
Stim biasanya dicemarkan oleh pepejal air dandang yang dibawa oleh air dandang kepada stim . Satu jenis pembawa dinamakan pembuihan , dimana gelembong gelembong atau buih yang dibina atas permukaan air dandang . Ia juga boleh ujud dalam keadaan beranting atau berkabut pada permukaan air . Priming adalah pergerakan secara tiba-tiba air dandang yang mengalami carry-over bersama sama dengan stim semasa operasi . Apa Yang Menyebabkab Carryover Pembuihan disebabkan oleh kepekatan tinggi pepejal dalam air dandang terutamanya alkali-alkali minyak dan lemak ,bahan organik dan pepejal terampai . Priming boleh terjadi disebabkan oleh reka bentuk yang kurang baik dan pengendalian dandang ,pengstiman yang berlebehan dan turun naik secara tiba-tiba dalam pemintaan stim . Pencemaran minyak pada suap air boleh menyebabkan pembuihan dan pembentukan sabun didalam air dandang . Pepejal terampai pula dikatakan untuk membentuk permukaan yang kuat disekeliling gelembung oleh itu membina pembuihan yang stabil . Carry-over silika kedalam stim secara fizikalnya adalah melalui air dandang atau dalam bentuk meruap pada tekanan dandang yang melebihi 400 psi . Terdapat kecenderugan bagi slika untuk diruapkan dan masuk kedalam stim . Masaalah Carryover Dan Cara Mengawalnya. Stim yang lembab menyebabkan penurunan dalam kecekapan operasi dan hakisan turbine dan injin . Pepejal air dandang yang mana mendapannya masuk kesistem stim , super heater , tiub dan kondensar akan menebabkan pemenasan berlebihan pada super heater tiub dan mengurangkan kecekapan terbine . Bendasing-bendasing yang megalami carry-over dengan stim boleh juga mencacatkan kecekapan pemorosesan. Langkah berjaga-jaga yang baik ialah untuk mengekalkan kepekatan pepejal dalam air dandang pada paras air yang rendah , dandang seharusnya tidak beroperasi pada paras air yang tinggi , pada muatan yang berlebihan dan pertukaran muatan yang tiba-tiba . Pegunaan bahan kimia agen anti buih boleh juga digunakan . |
Copy @ 2001
Ks Tementi All Right Reserved